10 Idea Marketing Untuk Agent Hartanah

Dan bila kita mula mula joint agent hartanah, pasti akan rasa macam blur, apa benda yang perlu kita buat? Mula dengan belajar baca geran dulu? faham proses jual beli rumah dahulu? Promosi pula macam mana? Apa cara yang terbaik? Di sini, kami nak kongsi 10 idea marketing untuk agent hartanah untuk terus kekal aktif setiap hari.

Sebelum itu, kalau anda masih baru, pastikan anda sudah jelas dengan proses jual beli rumah, step by step. Bila sudah faham ini, lebih mudah untuk jawab soalan pembeli atau penjual dan bila mana mereka akan whatsapp anda nanti.

Sebab kita akan mula buat promosi. Kami akan senaraikannya dahulu, kemudian dibawah, kita akan huraikan satu persatu. Untuk mudah anda rujuk semula nanti.

  1. aktif di social media [ fb, IG, tiktok ]
  2. submit to property listing – paid
  3. submit to free listing property – free
  4. ada website sendiri
  5. aktif dalam video atau youtube channel
  6. google yourself
  7. aktif dalam follow up
  8. banner ads
  9. paid ads
  10. networking

#1 Social Media – FB/IG/Tiktok

update status dan aktiviti anda di social media.

Aktiviti yang paling basic yang mesti kena update sentiasa. Tapi bukan sekadar hantar listing sahaja, kena ada juga content educate, content informasi, tips baru dan lain lain lagi.

Dan sebenarnya, orang lebih nak contact kita jika kita share content educate, berbanding dengan listing rumah.

#2 Submit to property listing websites

submit to property listing memang keluarkan modal yang banyak, tapi cara ini adalah yang paling cepat untuk dapat prospek.

Untuk permulaan, mungkin terpaksa try dahulu satu persatu, nanti bila sudah lama baru anda akan nampak rentak, traffik dari website mana yang lebih berbaloi untuk anda focus.

property listing website

#3 submit to free listing website juga

Free listing website yang dimaksudkan ialah seperti facebook marketplace. Sejujurnya, lead daripada fb marketplace bukanlah setaraf kualitinya dengan mudah.my.

d76fb931 0182 4511 b98c 6dc099c5dfe5

Kalau di mudah, mungkin 10 leads, akan dapat 2 atau 3 viewing. tapi kalau di fb marketplace, mungkin 30 lead baru dapat 2 atau 3 viewing.

Tapi kalau berjaya close, tetap juga berbaloi kan?

Free listing website lagi satu yang kita boleh buat ialah kita bina property website kita sendiri seperti yang kami usahakan untuk anda.

#4 Ada Website Sendiri

Website sendiri sangat penting, sebab anda boleh kenalkan pengalaman anda pada prospek dalam masa yang singkat.

Dari pengalaman anda, kes yang anda sudah handle, jenis rumah dan lokasi rumah yang anda biasa deal semuanya boleh disusun elok elok dalam website.

Berbanding nak kenalkan pada orang lain satu satu yang anda boleh, mungkin agak masalah, sebaliknya hanya kongsikan URL website sahaja.

Jimat masa, dan mudah juga untuk diulang ulang.

Contoh:

Nama saya XXX XXXX BIn XXX
saya agent hartanah daripada XXX Realty, Ren Number XXXX
Saya ada pengalaman XXXX “sampai 200 lagi patah perkataan”

Berbanding dengan

Nama saya XXX XXXX BIn XXX
Agent hartanah menetap di Sungai Petani

XXX XXXX BIn XXX
websitesaya.com

Option 2 nampak lebih cleankan?

#5 Youtube Channel

Kalau pada zaman terawal dahulu, antara cara promosi pertama menggunakan surat khabar, tiada whatsapp, semua pun call. Lama kelamaan, kita beralih pula kepada app, social media dan property listing seperti mudah.

Tapi 2020 ni, trend nampak sekali lagi berbeza. Orang sudah mula selesa menonton video.

Bukan Youtube sahaja, termasuk juga video dari tiktok atau IG sekali pun. Dan kalau kita lihat channel property di youtube, banyak juga viewnya. Sebab orang mahu dapatkan maklumat dengan cepat, tak perlu lagi baca description atau gambar untuk feel rumah tu, tengok video terus supaya lebih terus faham.

#6 Google Yourself

Teknik marketing ni tak ramai leader atau kawan kawan agent kongsikan. Mungkin tidak perasan atau punyai pendapat berbeza.

google yourself your name

Tapi perasankah kita, sebenarnya, orang ramai ada google atau ada buat carian property agent yang berdekatan dengan mereka di social media? Cuba kita cuba search nama kita di Google, Hafiz contohnya, boleh jadi hafiz lain yang keluar. Kenapa tak keluar nama ‘Hafiz’ kita?

Bagaimana pula dengan carian ‘ejen hartanah di Sungai Petani’, atau ‘ejen hartanah di Johor Bharu’ di FB. Apa yang anda nampak? adakah anda yang paling teratas?

So skill untuk buatkan orang mudah jumpa kita di online, sangatlah penting. Dan anda boleh google sendiri, salah satu faktornya ialah punyai website sendiri sebab google dan social media, lebih memilih untuk menunjukkan platform anda sendiri berbanding dengan yang lain.

#7 consistenly follow up

Ini agent paling malas nak buat, tapi paling rugi tak buat. Bila kita jual rumah, pasti kita akan rasa, kenapa bila listing ni dah jual, baru orang ramai whatsapp? Bila listing masih ada, semua senyap?

Jawapannya mudahnya, nama pun rezeki. Sedangkan nasi nak masuk ke mulut kita pun boleh terjatuh masuk pinggan balik.

Itu sebab, pentingnya follow up. Sebab listing tak sentiasa available pada kita, dan bila listing itu available, kita boleh cepat cepat follow up dan promote.

Follow up, sangat menjimatkan masa dan duit marketing. Sebab hanya perlu whatsapp sahaja, tak perlu lagi submit keluarkan duit lain di mudah.

#8 banner ads #9 paid ads

Kalau banner ads sangat penting untuk listing anda sendiri. Kebanyakan agency RM50 cukup untuk 5 keping banner, sudah cukup jimat untuk anda kekal gantung di pagar berbulan. Paid ads pula sangat berguna kalau nak run undercon campaign sebab unit lebih dari satu.

Tapi kalau listing satu dan anda punya sendiri pun ok juga run ads. Banner ads and paid ads rasanya self explanatory.

#10 Networking

Dan terakhir yang sangat penting ialah networking. Untuk tahun pertama, mungkin anda tak nampak lagi keberkesanan networking. Kalau anda nilai balik akhir tahun jualan, mungkin 50% daripada semua jualan datang daripada paid ads, mungkin 30% lagi daripada property listing website, mungkin lagi 10% daripada fb marketplace.

Tapi bila masuk tahun ketiga dan keatas. anda mula rasa kes yang terdahulu membuahkan hasil, sebabkan anda urus dengan baik, owner panggil datang kenduri anak pun anda datang. Surau pun aktif. Sememang networking sebegini sangat membantu. yang penting orang kenal siapa anda, janganlah 100 keping business card yang agency keluarkan, masih lagi 100 keping untuk tahun seterusnya. Bermaksud, anda consistently buat zero marketing.

Ikut pada pengalaman penulis sendiri, adalah biasa kalau 1 kenalan kongsikan kes atau refer kes setiap tahun. Dan kalau ada kawan sebegini, janganlah berkira untuk berkongsi rezeki, tapi janganlah ajak jadi downline agent pula. Biarkan dia terus menjadi feeder anda.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *