10 Sebab Kenapa Agent Hartanah Wajib Ada Website

Dalam bidang hartanah, first impression sangat penting. Dalam masa beberapa saat sahaja, bakal pembeli atau penjual sudah mula menilai sama ada mereka boleh percaya kepada anda atau tidak.

Bayangkan, bila customer WhatsApp anda dari iklan property yang anda pasarkan.

Client tengok iklan → WhatsApp anda untuk viewing → anda bawa viewing → selang beberapa minit selepas viewing… anda minta 3.18%.

Agak-agak dia nak bagi tak?
Entah siapa kita, tiba-tiba minta booking berbelas ribu.

Dalam fikiran mereka mesti akan timbul persoalan seperti:

  • Adakah ini scammer?
  • Apa pengalaman dia uruskan kes rumah?
  • Sudah berapa lama dia jadi agent hartanah?

Dan banyak lagi persoalan lain yang bermain di fikiran mereka.

Di sinilah peranan website.

Dengan website, anda boleh memperkenalkan diri dengan lebih pantas, lebih tersusun, dan lebih meyakinkan—sebelum client pun bertanya apa-apa.

Jadi, apakah kelebihan sebenar mempunyai website sebagai ejen hartanah?

Berikut adalah 10 sebab kenapa anda perlukan website:

1. Trust (Nampak Lebih Professional & Dipercayai)
2. Jimat Masa & Mudah Share (Sistem Boleh Ulang)
3. Organic Leads (Traffic Percuma dari Google)
4. Personal Branding (Mudah Orang Cari Nama Anda)
5. Iklan Lebih Efektif (Conversion Lebih Tinggi)
6. Tunjukkan Kepakaran (Position sebagai Specialist)
7. 24/7 Sales Machine (Berfungsi Walaupun Anda Offline)
8. Ikut Cara Buyer (Browse Dulu Sebelum Contact)
9. Jimat Kos Marketing (Kurang Bergantung Portal Berbayar)
10. Full Control (Aset Sendiri, Bukan Platform Orang)

Trust (Nampak Lebih Professional & Dipercayai)

Bagi kami, ini adalah punca utama kenapa kita perlu ada website. Untuk mewujudkan perasaan yang kita boleh dipercayai, dan ia boleh berlaku dengan cepat. Sebab, kalau nak dikutkan untuk beri tahu kepada orang lain yang kita ni reti dan boleh berurus niaga perlukan MASA. Masa untuk kita kongsikan pengalaman, mungkin kita pun dah bertahun jadi agent hartanah, dah bermacam kes kita buat, semua ini kita boleh susun elok elok di website.

Dan client hanya perlu 2 3 minit sahaja untuk faham yang kita ni layak. Berbanding dengan kita nak terangkan semua yakinkan pada dia mungkin perlukan lebih banyak masa.

Jimat Masa & Mudah Share (Sistem Boleh Ulang)

Jadi agent dah lama, tapi agak sukar untuk kita bagi tahu semuanya pada client yang kita ni berpengalaman dan banyak kes yang kita sudah handle. Tapi dengan ada nya website, jadi mudah.

Kita boleh showcase semuanya, susun elok elok supaya orang mudah faham. dan lebih baik lagi, kita tak perlu cerita setiap kali kenal satu client, terus bagi link website sahaja.

Organic Leads (Traffic Percuma dari Google)

Bila ada website, sememangnya ia secara tak langsung buatkan kita boleh dapatkan traffik daripada Google. Contohnya carian seperti ‘agent hartanah berdaftar’ atau agent hartanah untuk bagi satu satu kawasan seperti Agent Hartanah di Nilai, atau Agent Hartanah di Sungai Petani contohnya. Memang ada banyak orang cari di Google.

Tapi ada caranya, sebab kita tak boleh sekadar buat website sahaja, sebaliknya kita perlu belajar teknik seo supaya website kita boleh berada di page pertama Google.

Personal Branding (Mudah Orang Cari Nama Anda)

Foktor ini mungkin agak confius sikit, apa beza build trust di point pertama dengan personal brand? Build trust lebih kepada menunjukkan yang anda legit, betul betul agent. bukan scammer. Personal brand pula, lebih kepada mereka mudah untuk cari anda semula. Dan sebenarnya, tak semua agent tahu untuk buatkan kita mudah dicari oleh pembeli dan penjual.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *